Monday, August 27, 2012

Time For Android







Akhirnya selepas menunggu lama, CyanogenMod telah mengeluarkan versi stabil rasmi iaitu CynogenMod 7.2 untuk android Samsung Galaxy Ace GT-S5830 sebuah telefon pintar. Semenjak ianya telah disahkan stabil dari pasukan arena cyanogen itu sendiri, mari kita berharap bahawa ia adalah sebuah Rom yang stabil, berjalan lancar dan beroperasi dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh pastikan lagi sehingga kita tidak cuba untuk menggunakan CyanogenMod stabil 7.2 ini. Jadi, saya cadangkan anda semua untuk cuba Rom ini di telefon pintar galaxy ace s5830. Dan, jika mengalami masalah (bug) semasa penggunaany sila laporkan kepada mereka pada link ini http://code.google.com/p/cyanogenmod/issues/, supaya mereka boleh diperbaiki masalah terhadap versi ini.


Do it in your own risk!!!


Cara Untuk Melakukan Intallasi :
cara dibawah adalah cara mudah dan cepat untuk melakukan installasi
  • Sedut tiga link yang telah disediakan dan copy ke dalam sdcard anda.
  • Matikan telefon anda dan hidupkanny didalam mode recovery, tekan (Home button + Power Button) dengan serentak.
  • Pilih Install zip From Sdcard
  • Pilih Choose Zip From SDcard
  • Pilih clockworkmod-5.0.2.6-galaxyace-fix.zip yg telah anda masukn ke dalam SDcard untuk melakukan installasi.
  • Setelah selesai ,Reboot telefon anda dan masuk ke dalam mode recovery ,sekarang mode recovery anda di dalam versi clockworkmod yg anda intall td.
  • Setelah itu ulangi langkah2 dari mula, dan pilih file cm-7.2.0-cooper.zip untuk melakukan installasi cyanogenmod.
  • Setelah selesai, Pergi ke menu Mounts and Storage
  • Pilih Mounts/System dan Mounts/Data
  • Setelah itu pergi ke Install Zip From SD
  • Pilih Zip From SD dan pilih gapps-gb-20110828-signed.zip
  • Tunggu sehingga installasi selesai, dan kemudian Reboot telefon anda dan tunggu beberapa minit.
P/S: Pastikan telefon anda itu didalam versi Gingerbread 2.3.6 sebelum melakukanya...

Wednesday, July 11, 2012

Simple Tricks Untuk Pengguna Windows 7


kebanyakan pengguna windows 7 mungkin belum memahami lebih mendalam dan bagaimana cara-cara untuk memaksimakan kepenggunaan windows 7 itu sendiri. Trick di bawah adalah satu simple tips yang mungkin dapat membantu anda untuk mengetahui kepelbagaian windows 7 itu sendiri....amat tertarik bukan.? cuba jangan x cuba... ^_^ ....

1. MEMBUAT SHORTCUT SHUTDOWN/RESTART/LOCK/SLEEP/HIBERNATE/SUSPENDSTATE
langkah-langkahnya :-
  • KLIK KANAN DI DESKTOP, 
  • PERGI KE OPTION "NEW"
  • DAN KLIK "SHORTCUT"
satu paparan akan keluar di desktop anda seperti dibawah. isikan code shortcut yang ingin anda lakukan di bawah pada ruang yg telah disediakan. Hanya satu code untuk satu shortcut.



Code Membuat shortcut SHUTDOWN==>  shutdown -s -t 00 {tetapkan masa untuk shutdown}
Code Membuat shortcut RESTART      ==>  shutdown -r -t 00 {tetapkan masa untuk restart}
Code Membuat shortcut LOCK            ==>  Rundll32 User32.dll, LockWorkStation
Code Membuat shortcut SLEEP            ==>   rundll32 powrprof.dll, SetSuspendState 0,1,0
Code Membuat shortcut HIBERNATE==>  rundll32 PowrProf.dll, SetSuspendState

Apabila selesai Rename kan ia..mengikut kesesuaian anda

2. WINDOWS AKAN MENGISI PASSWORD ANDA SECARA AUTOMATIK DI "LOG ON" USER
Langkah-Langkahnya :-
  • Klik Start
  • Pergi ke ruang pencarian dan taip " netplwiz " dan enter.
  • Kalau xlepas cara diatas cuba cara lain dengan taip " control userpasswords2"   maka akan tampil seperti gambar di bawah ini.
Satu paparan akan keluar di screen desktop anda seperti di bawah..
hilangkan tanda "tik" pada ruang USER MUST ENTER a USER NAME bla..bla.." , apabila selesai klik OK.


Maka secara automatikny.. PC anda akn boleh masuk dgn sendirinya tanpa memasukan kata laluan yang sebelum ini memerlukan kata laluan terlebih dahulu di ruang LOG ON.

3.  MEMBUAT AKSES MY KOMPUTER DI TASKBAR

 Langkah-langkahnya :-
  • Klik Kanan di TASKBAR, lalu 
  • Pilih TOOLBAR, lalu 
  • Pilih NEW TOOLBAR
satu paparan akan keluar di desktop anda..Pada pilihan Browse.. klik Computer atau My Computer dan klik OK..Maka tampil lah hasil seperti di bawah ini:-




Ok lah itu saja "tip n tricks" yg ada pada windows 7. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk anda semua...
salam 1 Gooners...

Wednesday, January 11, 2012

Cara cara Untuk Backup windows anda (Recovery)

Norton Ghost merupakan sebuah software yang sangat bermanfaat untuk kerja-kerja backup dan restore balik OS,dari partition mahupun hardisk. Ianya seperti software Clonezilla, Norton Ghost juga mampu menyalin dari partition mahupun hardisk kedalam bentuk file image terus ke dalam partition yang lain ataupun ke dalam hrdisk yang lain. Program ini sudah lama digunapakai oleh juruteknik komputer.

Disini saya akan menerangkan cara-cara serta langkah membackup windows atau linux menggunakan software Norton Ghost. Sebaiknya proses backup dilakukan setelah anda baru selesai install windows dan semua program lain seperti microsoft Office, Adobe photoshop, Corel draw, dan lainnya agar file backup yang dihasilkan dalam keadaan fresh. Sebelum terlupa, software Norton ghost biasanya sudah terdapat didalam rescue CD iaitu seperti miniPE atau Hiren’s boot. Bagi mengetahui cara2 serta langkah2 melakukanya sila ikuti langkah berikut:

  1. Boot komputer dari cd miniPE /Windows live cd dan pilih software Norton ghost.
  2. Tampilan norton ghost versi 8, Pilih menu
  3. Pilih Harddisk yang berisi OS, Jika ada lebih dari satu harddisk perhatikan size-nya lalu klik OK.
  4. Selanjutnya pilih Partisi atau drive yang berisi system operasi windows yang biasanya di drive C:, kemudian klik OK.
  5. Kemudian Pilih tempat penyimpanan dan beri nama file backup yang akan dibuat. Selanjutnya klik “Save”.
  6. Pilih Yes
  7. Tunggu proses backup sedang berlangsung sampai selesai.
  8. Setelah selesai, simpan file yang berektensi .gho tadi atau bisa juga di burn ke DVD blank untuk backup jika sewaktu-waktu windows atau linux bermasalah dan ingin diinstal ulang.

Untuk merestore file backup langkanya hampir sama, pada waktu Ghost baru dijalankan pilih menu Local -> Partition -> From Image. Anda juga bisa menjalankan Norton ghost langsung dari cdnya atau dari windows jika program sudah diinstall di komputer.

Cara-cara untuk format serta installasi windows XP

Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows XP ke dalam komputer anda. Sebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.

Mengapa Anda Perlu Melakukan Format Komputer?

Format hard disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:

  • Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  • Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format hard disk dan install Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.

Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:

(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)

  1. Hidupkan komputer anda.
  2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
  3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
    boot sequence
  4. Pilih Boot Sequence.
    boot sequence
  5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
    boot sequence
  6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

Format Hard Disk

  1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
    boot sequence
  2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada hard disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
    install Windows XP
  3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
    install Windows XP
  4. Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini, besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2, atau ikuti langkah ini.
    windows-no-hard-disk
  5. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
    install Windows XP
  6. Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
    install Windows XP
  7. Sekiranya hard disk anda:
    • masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
    • tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
  8. Buat satu partition dengan menekan butang C.
    install Windows XP
  9. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  10. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.
    install Windows XP
  11. Tekan butang C untuk setuju.
    install Windows XP
  12. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  13. Tekan butang F untuk format Hard Disk.
    install Windows XP
  14. Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
    install Windows XP

Install Windows XP

  1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.
    install Windows XP
  3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
    install Windows XP
  4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
    install Windows XP
  5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
    install Windows XP
  6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
    install Windows XP
  7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
    install Windows XP
  8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

Mula Menggunakan Windows XP

  1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
    install-window-22
  2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
    install Windows XP
  4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.
    install Windows XP
  5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
    install-window-27
  6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
    install Windows XP
  7. Klik pada butang Finish.
    install Windows XP
  8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    install Windows XP

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri :)

Sunday, April 17, 2011

WinXP in Pendrive

Biasanya anda melakukan installasi windows xp mestilah menggunakan medium cd atau dvd kan?. kali ini saya akan mengajar anda satu lagi cara yang membolehkan anda melakukan installasi windows xp menggunakan medium lain iaitu pendrive.

Antara Kelebihan menggunakan pendrive untuk melakukan installasi windows xp ialah:

  • proses installation berjalan lebih laju dan senang dibawa ke mana2.
  • teknik ini hanya boleh digunakan bagi pc dan laptop (Mini Notebook) yang menyokong boot from usb dalam bios.

Untuk melakukanya anda memerlukan tool Win setup from USB, untuk membolehkan anda melakukan installasi menggunakan Pendrive.

win setup from usb

Dibawah adalah langkah-langkah untuk membolehkan Pendrive anda menjadi satu medium installsi.

  • Pertama, format pendrive anda menggunakan HP format tool atau PE to USB. Pendrive perlu diformat terlebih dahulu, jikalau tidak bios tidak akan dapat mengesan pendrive anda sebagai bootable.
  • Seterusya, masukkan cd windows xp anda, dan pada box Windows 2000/xp/2003 source, browse kepada location file2 windows2 xp anda.
  • Pada bahagian usb disk selection, pilih pendrive anda yang akan digunakan sebagai medium. Saya cadangkan anda force target disk type as removable bagi pendrive.
  • anda tidak perlu tukar option2 lain, melainkan anda pakar dan faham semua option2 tersebut.
  • tekan butang GO dan tunggu sehingga siap.
  • Cucuk pendrive yang dah dimasukkan windows xp dan dijadikan bootable, restart komputer, setboot from usb dalam bios dan install windows xp seperti biasa.
sebelum terlupa ini adalah link bagi mendapatkan tool tersebut..WinSetupFromUSB

SELAMAT MENCUBA!!!